Tuesday, December 16, 2008

MEMAHAMI CINTA SI DARA

Ramai lelaki yang menjadi bingung tatkala menghadapi watak-watak perempuan yang berbagai-bagai dan seringkali berubah-ubah. Watak-watak mereka ini sukar ditafsirkan dan ini membuatkan lelaki naik pening dan malas untuk menjadikannya keutamaan dalam hidup. Walaupun sudah lama mengenali tetapi masih sukar untuk seseorang lelaki itu memahami secara total perasaan dan naluri perempuan. Mungkin ini ada benarnya kerana perempuan sering menjadikan emosi sebagai teman paling karib berbanding teman lelaki masing-masing.
Menjadi seorang lelaki yang matang, berfikiran jauh, baik dan disayangi oleh si dia, adakalanya kita perlu buang jauh ego dan mula ambil perhatian terhadap apa yg berlaku. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, haruslah kita memahami isi hati si dia terlebih dahulu. Jika antara kedua pihak saling faham memahami antara satu sama lain, maka makin mudahlah interaksi dalam suatu perhubungan itu. Selanjutnya juga, ia dapat memanjangkan usia perkenalan dan mungkin boleh diakhiri dgn gerbang hubungi yang direstui agama dan keluarga.
Sungguhpun demikian, bukan satu tugas yang mudah untuk memahami perasaan seni seseorang perempuan. Untuk itu, apa kata anda hayati beberapa masalah yg merisaukan ramai kaum hawa ini. Dikenalpasti bahawa masalah-masalah berikut sering menjadi kemusykilan besar terhadap mereka. Jika ianya tidak diatasi dan difahami oleh mereka yg bernama lelaki, maka harapan suatu hubungan cinta itu tidak mungkin dapat berputik segar setiap masa. Akibatnya,taman impian yg diidamkan selama ini tak mungkin berbau harum...

KEPASTIAN CINTA
Dalam percintaan, sungguhpun berkali-kali kita melafazkan kata cinta kepada si dia, ini sebenarnya belum dpt meyakinkan mereka seratus peratus kepada ikatan cinta itu sendiri. Perempuan sering memerhatikan kelakuan, pertuturan dan gaya sang teruna utk dijadikan platform meyakinkan diri mereka terhadap cinta yang dibina. Dalam erti kata lain, perempuan tidak mudah percaya semata-mata hanya pada lafaz yg lahir dari mulut seorang lelaki. Mereka lebih percaya pada apa yang dilihat pada mata sendiri dan kemudian baru ditafsir minda. Mungkin pemerhatian mereka terhadap gejala social yg sering berlaku di sekeliling, mengajar mereka menjadi lebih lebih berhati-hati dan sensitif terhadap cinta. Bukan mudah untuk meraih cinta suci seorang perempuan. Mengikut fahaman cinta mereka, cinta mutlak adalah mahal, unik dan tidak selalu hadir. Ia lahir secara spontan, tidak dipaksa-paksa dan yg pastinya, ia tidak berlandaskan nafsu.

KESETIAAN
Perempuan juga amat sensitive terhadap kesetiaan yg ditunjukkan oleh teman masing-masing ketika bercinta. Mereka menganggap ini sebagai satu satu prinsip yg dihormati kerana bg mereka kesetiaan adalah nadi cinta. Ia juga dilihat sebagai tunjang dan pemangkin sesuatu hubungan menjadi lebih teguh dan berupaya menjadi teduhan untuk berlindung dari rasa sunyi dan kekecewaan. Adalah menjadi kerisauan mereka apabila teman masing2 mula menunjukkan tanda2 tidak setia. Itu sebabnya kedua belah pihak perlu interaksi yg jitu bg mengelakkan perpisahan. Yang paling nyata, bila sang teruna sudah ada yg lain, berterus teranglah kerana perempuan tidak suka dikhianati.

SETIA KAWAN
Bila ikatan cinta sudah terbina, jgn sekali-kali menghalang si dia dari berhubung dengan teman karibnya. Biarlah si dia menjalani kehidupan sehari-hari dengan tersenyum girang dengan kehadiran anda dan teman karib disampingnya. Mengapa harus kita menghalangnya dari terus berkawan sepertimana sebelum ini? Sikap beginilah yg merisaukan seseorang wanta bila bercinta. Mereka takut kehilangan teman karib kerana bagi mereka teman karib tak ubah seperti keluarga sendiri. Sebagai contoh, ramai pelajar perempuan di university amat rapat dengan teman sebilik di kolej hinggakan ada yg berkongsi masalah dan rahsia peribadi sesame mereka. Ini berlawanan dan berbeza sama sekali dgn pelajar lelaki yg lebih suka menyelesaikan masalah secara sendirian.

Oleh yg demikian, janganlah membuatkan si dia tak tentu arah dengan kerisauan. Bantulah dirinya agar rasa risau itu bukan lagi menjadi satu beban yg besar bagi si dia. Hargailah cinta suci seorang perempuan dan jangan cemari cinta itu dgn lafaz yg tidak benar, curang dan kongkongan yg melampau.

Selain itu, hindari juga dari mengungkit kisah-kisah lama yg boleh melukakan perasaannya. Bersikap tenang, dan tidak mudah melatah adalah jalan terbaik dan terhormat daripada mengugut si dia untuk memutuskan hubungan. Tunjukkanlah rasa tanggungjawab dan kesungguhan yg maksimum anda terhadap si dia dan juga hubungan cinta anda berdua. Semoga anda lebih matang, bersedia dan faham bagaimana untuk menangani persoalan2 cinta yg bangkit dari personaliti perempuan yg pelbagai.
*doktercinta : perempuan memang sensitif dan kuat merajuk..tapi perempuan setia

No comments:

Post a Comment