Wednesday, December 24, 2008

Tip bersemuka dengan bekas kekasih suami

Daripada: Ustazah Siti Nor Bahyah Mohamood

Kasih sayang, cinta dan rindu adalah emosi manusia yang sukar untuk diubahkan. Sama juga dengan marah, benci dan dendam. Seolah-olah macam tidak boleh dikawal. Namun, kita semua tahu bahawa mengawal perasaan dan tidak bertindak mengikut perasaan adalah wajib untuk menjadi manusia yang waras dan adil serta lurus di jalan Allah s.w.t.

Dalam kita berusaha menahan diri daripada melakukan perkara tidak sepatutnya, perlu kita memastikan pergaulan dengan suami itu tidak malampaui batasan dalam Islam (sentiasa dalam redha-Nya). Ini kerana, status seorang isteri terhadap suaminya masih seperti sedia kala walaupun hati terluka dengan kecurangan suami.

Apabila ada masalah, cara yang terbaik ialah bawa berunding dan bawa berbincang. Disini, ustazah berikan panduan-panduan supaya pertemuan dengan kekasih suami yang bakal diadakan mencapai matlamat dan dapat menemui jalan penyelesaian. Antara panduan-panduan tersebut:

1. Sebelum bertemu sebaik-baiknya lakukan solat hajat dua rakaat supaya Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita.

2. Bacalah surah al-Insyirah dan doa-doa penerang hati supaya niat dan pertuturan mudah difahami dan memberi kesan kepada hati orang yang mendengar.

3. Bawalah orang lain sebagai teman supaya dapat mengawal keadaan sekiranya keadaan tidak terkawal. Maklumlah, ada kalanya masalah yang kecil akan menjadi besar sebab masing-masing ingin mempertahankan tindakan masing-masing dan kedua-dua belah pihak saling tuduh menuduh atas apa yang berlaku. Akibatnya emosi dan perasaan tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlakunya ugut-mengugut dan boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan bukan penyelesaian yang diharapkan.

4. Sepanjang perbincangan masing-masing boleh cuba bertenang, bersikap terbuka dan bertimbang rasa. Elakkan daipada terlalu emosional, kawal tingkah laku dan perbuatan sendiri supaya tidak menyebabkan pihak lain marah dan hilang sabar.

5. Utamakan nama baik, maruah dan nilai-nilai yang terbaik sepanjang perbincangan berlaku.

6. Kedua-dua belah pihak perlu sanggup berkorban demi mencari penyelesaian. Apabila satu pihak berkorban pihak yang satu lagi mesti mengambil sikap menghargai pengorbanan tersebut.

7. Jangan bawa orang yang kita tahu ia kaki gaduh, nanti mereka akan mengapi-apikan supaya kita bergaduh.

8. Jangan tergopoh-gapah, banyakkan bertenang terutama semasa sedang mencari jalan penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah segala usaha dan ikhtiar yang kita telah lakukan, maka hendaklah kita iringi dengan doa kepada Allah s.w.t agar segala konflik serta masalah rumah tangga kita akan berakhir dengan izin-Nya. Anggaplah ini satu dugaan daripada Allah s.w.t., di mana kesan daripada kejadian tersebut dapat member hikmah yang berguna kepada mereka yang terlibat.

Dipetik dari: Majalah Keluarga Harmoni, 15-29 Februari 2008.


Thursday, December 18, 2008

Hubungan Cinta dan Keimanan

sumber:variasi blog
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan; sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa " dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. " Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW; " Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT. " Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah
Tidak hairanlah ketika ‘Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan. Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.
Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.
Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang ‘berpacaran’ atau sudah bercinta sebelum menikah? Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai ‘si dia’ lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.
Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; "Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api." HR. Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah RAa, Rasulullah SAW bersabda; "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai." HR Muslim

*doktercinta: Subhanallah..semoga kita pun boleh bercinta dan beriman...

Pandangan Islam Terhadap Cinta

sumber: variasi blog
Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi dikalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari " racun dirasa bagaikan madu? ".
Yang jelas kerana cinta, ramai orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.
Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta. Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya dengan Baygon ( na’udzubillahi min zalik ) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan. Lalu, apa sebenarnya makna daripada cinta? Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna? Atau pendapat para filosofi bahawa makna cinta tergantung siapa yang memandang? Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahwasanya, " Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri. " Ada pun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Bertolak dari sini cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.
Pandangan Islam terhadap Cinta
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
"Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya." HR Abu Daud dan At-Tirmidzi
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta,kerana itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu ( mithalnya lembaga pernikahan ) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir." Q.S Ar-Ruum : Ayat 21
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah ( setelah menikah ). Jadi tak perlu menunggu " jatuh cinta dahulu " baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana ( na’udzubillahi min zalik ). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.
Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
"( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, ( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu )." Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabah), iaitu:
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi / paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata. "Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin." "Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah" Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Jadi, ungkapan-ungkapan seperti: "Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu" atau "Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku", "Cintaku hanya untukmu," dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah.Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat / kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari si " darling " kita sudah hendak menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan ( pada ) pertukaran malam dan siang dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga ( pada ) peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah ) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." Q.S Al-Baqarah: Ayat 164
2. Peringkat ke 2; 'isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya. "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Q.S Aali Imran: Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5. Peringkat ke 5; ‘ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (pendayagunaan/pemanfaatan).

Tuesday, December 16, 2008

Untukmu Yang Bernama Suami (Versi 2)

Petua mencurah kasih kepada isteri

-->@ Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Ucapan begitu dr mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.


-->@ Buktikan kasih sayang anda terhadap isteri dengan member hadiah, senyuman, kemesraan, pelukan, gurauan, bantuan dan kerjasama.


-->@ Sentuhan sayang drp sang suami sgt penting. Peluklah isteri sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.


-->@ Isteri mengharapkan pimpinan suami agar selamat bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Suami adalah contoh bg isteri.


-->@ Jadilah suami yang memiliki cirri-ciri yang dibangga suami.


-->@ Jadilah suami yang mana, isterinya boleh jadikan sebagai sumber semangat dan kekuatan.


-->@ Isteri mengharapkan doa yang berterusan drp suami.


Untukmu Yang Bernama Suami (Versi 1)


Petua menjaga hati isteri
  • Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.

Jauhilah drp ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

  • Apabila anda berada dlm keadaan yang sgt marah, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwudu’. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan anda.


Sentiasa ingat bahawa setiap drp kita tidak lepas drp melakukan kesilapan.

  • Apabila timbul rasa bosan atau jemu terhadap isteri, cuba ulangi kembali saat2 manis ketika dahulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yg istimewa atau melancong di tempat2 indah.


Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

  • Janganlah memuji wanita lain di hadapan isteri anda.


Hargailah dan sentiasa memberi pujian terhadap pengorbanan isteri.

  • Bantulah isteri dlm melakukan kerja2 dapur spt memasak, mengemas dan sebagainya.


Cubalah faham keadaan atau masalah isteri dengan mengambil berat akan perasaan dan kesihatan isteri terutama ketika isteri mengandung.

  • Berilah bimbingan kpd isteri dlm melakukan sesuatu agar isteri bertambah semangatnya dan lebih bermotivasi.


Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

  • Berdoalah agar hati dan perasaannya setiasa patuh kpd Allah serta hormat kpd suaminya.








MEMAHAMI CINTA SI DARA

Ramai lelaki yang menjadi bingung tatkala menghadapi watak-watak perempuan yang berbagai-bagai dan seringkali berubah-ubah. Watak-watak mereka ini sukar ditafsirkan dan ini membuatkan lelaki naik pening dan malas untuk menjadikannya keutamaan dalam hidup. Walaupun sudah lama mengenali tetapi masih sukar untuk seseorang lelaki itu memahami secara total perasaan dan naluri perempuan. Mungkin ini ada benarnya kerana perempuan sering menjadikan emosi sebagai teman paling karib berbanding teman lelaki masing-masing.
Menjadi seorang lelaki yang matang, berfikiran jauh, baik dan disayangi oleh si dia, adakalanya kita perlu buang jauh ego dan mula ambil perhatian terhadap apa yg berlaku. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, haruslah kita memahami isi hati si dia terlebih dahulu. Jika antara kedua pihak saling faham memahami antara satu sama lain, maka makin mudahlah interaksi dalam suatu perhubungan itu. Selanjutnya juga, ia dapat memanjangkan usia perkenalan dan mungkin boleh diakhiri dgn gerbang hubungi yang direstui agama dan keluarga.
Sungguhpun demikian, bukan satu tugas yang mudah untuk memahami perasaan seni seseorang perempuan. Untuk itu, apa kata anda hayati beberapa masalah yg merisaukan ramai kaum hawa ini. Dikenalpasti bahawa masalah-masalah berikut sering menjadi kemusykilan besar terhadap mereka. Jika ianya tidak diatasi dan difahami oleh mereka yg bernama lelaki, maka harapan suatu hubungan cinta itu tidak mungkin dapat berputik segar setiap masa. Akibatnya,taman impian yg diidamkan selama ini tak mungkin berbau harum...

KEPASTIAN CINTA
Dalam percintaan, sungguhpun berkali-kali kita melafazkan kata cinta kepada si dia, ini sebenarnya belum dpt meyakinkan mereka seratus peratus kepada ikatan cinta itu sendiri. Perempuan sering memerhatikan kelakuan, pertuturan dan gaya sang teruna utk dijadikan platform meyakinkan diri mereka terhadap cinta yang dibina. Dalam erti kata lain, perempuan tidak mudah percaya semata-mata hanya pada lafaz yg lahir dari mulut seorang lelaki. Mereka lebih percaya pada apa yang dilihat pada mata sendiri dan kemudian baru ditafsir minda. Mungkin pemerhatian mereka terhadap gejala social yg sering berlaku di sekeliling, mengajar mereka menjadi lebih lebih berhati-hati dan sensitif terhadap cinta. Bukan mudah untuk meraih cinta suci seorang perempuan. Mengikut fahaman cinta mereka, cinta mutlak adalah mahal, unik dan tidak selalu hadir. Ia lahir secara spontan, tidak dipaksa-paksa dan yg pastinya, ia tidak berlandaskan nafsu.

KESETIAAN
Perempuan juga amat sensitive terhadap kesetiaan yg ditunjukkan oleh teman masing-masing ketika bercinta. Mereka menganggap ini sebagai satu satu prinsip yg dihormati kerana bg mereka kesetiaan adalah nadi cinta. Ia juga dilihat sebagai tunjang dan pemangkin sesuatu hubungan menjadi lebih teguh dan berupaya menjadi teduhan untuk berlindung dari rasa sunyi dan kekecewaan. Adalah menjadi kerisauan mereka apabila teman masing2 mula menunjukkan tanda2 tidak setia. Itu sebabnya kedua belah pihak perlu interaksi yg jitu bg mengelakkan perpisahan. Yang paling nyata, bila sang teruna sudah ada yg lain, berterus teranglah kerana perempuan tidak suka dikhianati.

SETIA KAWAN
Bila ikatan cinta sudah terbina, jgn sekali-kali menghalang si dia dari berhubung dengan teman karibnya. Biarlah si dia menjalani kehidupan sehari-hari dengan tersenyum girang dengan kehadiran anda dan teman karib disampingnya. Mengapa harus kita menghalangnya dari terus berkawan sepertimana sebelum ini? Sikap beginilah yg merisaukan seseorang wanta bila bercinta. Mereka takut kehilangan teman karib kerana bagi mereka teman karib tak ubah seperti keluarga sendiri. Sebagai contoh, ramai pelajar perempuan di university amat rapat dengan teman sebilik di kolej hinggakan ada yg berkongsi masalah dan rahsia peribadi sesame mereka. Ini berlawanan dan berbeza sama sekali dgn pelajar lelaki yg lebih suka menyelesaikan masalah secara sendirian.

Oleh yg demikian, janganlah membuatkan si dia tak tentu arah dengan kerisauan. Bantulah dirinya agar rasa risau itu bukan lagi menjadi satu beban yg besar bagi si dia. Hargailah cinta suci seorang perempuan dan jangan cemari cinta itu dgn lafaz yg tidak benar, curang dan kongkongan yg melampau.

Selain itu, hindari juga dari mengungkit kisah-kisah lama yg boleh melukakan perasaannya. Bersikap tenang, dan tidak mudah melatah adalah jalan terbaik dan terhormat daripada mengugut si dia untuk memutuskan hubungan. Tunjukkanlah rasa tanggungjawab dan kesungguhan yg maksimum anda terhadap si dia dan juga hubungan cinta anda berdua. Semoga anda lebih matang, bersedia dan faham bagaimana untuk menangani persoalan2 cinta yg bangkit dari personaliti perempuan yg pelbagai.
*doktercinta : perempuan memang sensitif dan kuat merajuk..tapi perempuan setia

Monday, December 15, 2008

Kenal diri anda melalui tahi lalat??

Ha...sebelum mengenali pasangan, elok juga kita kenal beberapa ciri special yg ada pada diri kita. Mesti semua orang ada tahi lalat, kan? Sebenarnya, tahi lalat masing-masing mempunyai rahsia tersendiri. Memang slalu kita dengar orang2 tua berbicara pasal rahsia tahi lalat ni...

So, cari punya cari, dokter cinta terjumpa satu artikel dalam sebuah laman web bertajuk Rahsia Tahi Lalat. Menarik jugak untuk dikongsi... Check it out!

sumber artikel: http://www.tentangcinta.com/


Tanda Firasat Tahi Lalat

Bibir atas kanan ----> Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri-------> Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan--> Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri ----> Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan -------> Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri ----------> Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah ----> Tercapai cita-cita
Biji mata kanan ----> Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri -------> Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan -> Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri ---> Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan ---> Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri ------> Malas dan suka duduk
Betis kanan --------> Suka berhibur, boros
Betis kiri ----------> Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan -------> Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri ----------> Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan -->Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri ----->Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang-->Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan ----------> Cerdas dan cekap
Kening kiri -------------> Cerdas dan sopan santun
Tengah kening---------> Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan ---> Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri ------> Suka berpoya-poya
Ketiak kanan ----------> Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri -------------> Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan -->Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri---> Kehendak kuat
Batang hidung ---------> Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung -----------> Banyak rezeki
Dagu bawah kanan ----> Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri -------> Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri--> Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)-->Bakal beristeri dua
Tumit kanan ---------> Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri ------------> Baik budi
Alis kanan ------------> Suka menolong dan baik hati
Alis kiri --------------> Ramai yang suka
Pangkal peha kanan --> Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri -----> Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan ---> Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan -------> Suka menolong
Jari kaki kiri ----------> Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan ----------> Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri ------------> Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan ---> Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri -----> Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan -----> Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri ------- > Menepati janji dan rajin
Pipi kanan --------> Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan--> Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri -----> Ramai teman
Ubun-ubun -------> Kurang jujur
Pusat -------------> Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan -----> Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri -------->Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan ----------->Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri -------------->Disayang pasangan hidup
Dada kanan ---------------> Dapat mengatasi masalah
Dada kiri ---------> Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan -------> Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri ----------> Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan---------> Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri -----------> Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan ---------> Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri ------------> Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan--> Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri ----> Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan --> Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri -----> Dapat berpangkat
Perut bawah kanan ---------> Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri ------------> Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam----> Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam ------> Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar -----> Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri ------------------>Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan ---------------> Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas ---> Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas ------> Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah--> Agak malas
Kelopak mata kiri bawah--> Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday, December 14, 2008

Dewa Dewi - dokter cinta

ha...ni ada satu lagu yang memang top dari seberang. Lagu yang menceritakan masalah orang bercinta. Memang susah nak jumpa cinta yang benar-benar jujur...aduhai..pening-pening...

mama tolonglah aku sedang bingung
pusing kepalaku memikirkan dia
aku yang selalu terus disakitinya

dia tak tampan, tak juga rupawan
dia tak juga bergelimang harta
oh tapi mengapa gayanya seperti superstar

reff:
mama, mama, mama
tolonglah aku yg sedang bingung
kurasakan virus-virus cinta
kubutuh dokter cinta

papa, papa, papa
inikah yg dinamakan cinta
mengapa sakit yg kurasakan
kubutuh dokter cinta

oh mengapa ini harus terjadi
kepada aku yg mencintaimu
oh celaka jika lelaki
seperti kamu sudah tak setia

oh mengapa ini harus terjadi
kepada aku yg mencintaimu
oh celaka jika lelaki
seperti kamu sudah tak setia

oh papa tolonglah aku
laki-laki yg seperti apa lagi
yg begini saja sudah menyakitkan hati

oh mama tolonglah aku
perempuan mana yg tak sakit hati
biar sang kekasih tak jadi kekasih hati

*dokter cinta: best karaoke lagu ni...hehehe

“SOULMATE”- antara mitos dan realiti

“SOULMATE”- antara mitos dan realiti
Dipetik dari: Majalah REMAJA, edisi 15 Mei 2007

Bertemu dengan kekasih impian atau SOULMATE semestinya menjadi harapan setiap insan bercinta. Bukan sahaja hidup akan terasa lebih mudah, malah lebih indah utk dijalani. Hmm.. Namun benarkah SOULMATE itu wujud atau ia hanya mitos semata-mata? Dan andainya ia wujud bagaimana utk mengenalinya? Sehingga ke hari ini masih belum ada teori yg boleh diterima tentang definisi SOULMATE. Tetapi ada pendapat yg mengatakan SOULMATE adalah apabila kita bertemu dgn seseorang yg mempunyai cara berfikir dan berperasaan sama spt kita.
Selain itu, dia juga begitu trbuka menerima segala kekurangan kamu. Oleh kerana itulah dlm mencari SOULMATE, tidak boleh hanya berdasarkan wajah atau bentuk tubuh, kekayaannya, status social, pendidikan atau keturunan semata-mata. Andainya kamu mencari SOULMATE berdasarkan ukuran-ukuran tersebut, kamu mungkin sukar utk menemuinya atau mungkin juga tidak menemuinya langsung.

Pada dasarnya jika kamu sudah boleh memberikan cinta tanpa syarat dan boleh menyingkirkan ego utk menerima pasangan dgn segala kelebihan dan kekurangannya, bererti kamu telah berjaya menjadi salah seorang SOULMATE yg diimpikan. Berikut ialah 5 perkara penting yg harus kamu tahu tentag SOULMATE iaitu:

1. SOULMATE ADALAH SESEORANG YG KAMU TIDAK PERNAH SANGKA

Boleh jadi orang yg kamu kenal rapat atau seseorang yg begitu jauh berbeza usia dgn kamu ataupun mungkin orang itu kamu telah anggap tidak pernah sesuai dgn kamu.

2. BELUM TENTU AKAN BERTEMU

Biarpun kamu begitu berharap akan bertemu dgn SOULMATE, namun kamu harus percaya pada ketentuan Tuhan. Bukan semua orang bertuah dpt bertemu dgn SOULMATEnya.

3. SOULMATE JUGA BOLEH DATANG DAN PERGI

Biarpun telah bertemu dgn SOULMATE, ini bukan bererti kamu boleh terus berpeluk tubuh. Kamu masih perlu terus berusaha agar hubungan sentiasa baik. Jangan kerana kamu fikir dia adalah SOULMATE dan begitu menyayangi kamu. Kamu ambil jalan mudah biarkan sahaja hubungan kamu dan dia berlangsung tanpa terus disemai dan disemarakkan. Tidak mustahil SOULMATE boleh dating dan juga pergi...

4. SESEORANG YG SELAMA INI DEKAT DENGAN KAMU

SOULMATE bukannya seseorang yg muncul dgn tiba-tiba spt yg pernah kamu tonton di dalam filem. Jadi tidak mustahil dia adalah orang yg selama in ada di sekitar kamu tanpa kamu sedari. Oleh itu, cuba fikir-fikirkan siapa yg terlalu dekat dgn kamu dan kamu rasakan ada chemistry antara kamu berdua. Mungkin dialah orang yg kamu cari !!

5. TIDAK SEMESTINYA SAMA

SOULMATE biasanya mempunyai sifat yg berbeza dgn kamu. Biarpun begitu ia tidak pernah menjadi masalah pada kamu berdua utk menjalin hubungan. Malah perbezaan itu menjadikan kamu dan dia saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi jgn fikir SOULMATE dan kamu perlu jadi kembar semuanya yee...


*dokter cinta: betul ke ada soulmate..? sampai sekarang aku tak pasti...tapi aku rasa, walaupun 'dia' bukan soulmate aku, dan banyak perbezaan antara aku dan 'dia'...aku dah jumpa dengan 'seseorang' itu.


C.I.N.T.A

Apa erti c.i.n.t.a?

sumber: variasi blog

Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.

Tanda kita mementingkan diri sendiriialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,alim hati kurang bercakap, banyak berbakti,alim lisan dan hati, bercakap dan beramalsama selari.

*dokter cinta: banyak yg kita boleh ertikan dengan perkataan c.i.n.t.a rupanya. Ni pendapat dokt3r cinta:

C = carilah cinta sejati di mana-mana pun
I = ingat, kita manusia selalu leka...jangan lalai kerana cinta
N =nawaitu bercinta harus betul
T = tanpa cinta kepada Allah, cinta-cinta yang lain tiada gunanya
A =apa-apa pun, tak salah bercinta...yang penting ikhlas

Friday, December 12, 2008

Apakah Cinta?

Apakah itu cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan.. cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-sifat cinta;
  • Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

  • Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

  • Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dancantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

  • Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

  • Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

  • Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

  • Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

  • Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

  • Cinta Itu Mempersona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya... mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

*dokter cinta : biar apa pun makna cinta, akar umbinya ialah Cinta kepada Allah...

Thursday, December 11, 2008

The Beginner


Entah dari mana datangnya idea aku nak create blog ni. Semuanya pasal cinta. Cinta untuk semuanya..koleksi penulisan aku ni lebih kepada hasil-hasil bacaan aku yang aku kumpul dan kufikirkan menarik untuk dikongsi. Together-gether lah kita tengok ye.


Apa yang menarik, bolehlah dikongsi..apa yang kureng tu sama-samalah kita komen dan beri pendapat ekk. Aku, dokt3r cinta tak bertauliah.Ada jugaklah sikit-sikit pengalaman bercinta yang boleh aku kongsikan.hehehe...


Sebenarnya, apa itu cinta? What is LOVE? Ish..persoalan ni kalau difikirkan 7 hari 7 malam pun mungkin takkan terungkai. Terlalu subjektif. Kalau tak silap, ada satu drama bersiri di Astro Prima bertajuk ‘apa itu cinta?’. Mungkin kita boleh tafsirkan perkataan demi perkataan untuk dapatkan maksud cinta...hmmm nanti aku akan cuba dapatkan asal usul perkataan CINTA atau LOVE. Kalau ada lah ye... Mungkin disebalik makna cinta tu, kita boleh merungkaikan beberapa persoalan...


Di sebalik makna cinta itu...wujud kasih, sayang, rindu, kesetiaan, kejujuran... malah, disebalik makna cinta juga wujud dendam,benci, marah, curang dan air mata. Disebabkan cinta itulah kita bermain emosi...


Cinta boleh hadir di dalam diri setiap manusia. Cinta bukan hanya tertakluk kepada cinta sesama insan kerana cinta sesama insan terkadang terlalu melalaikan. Maklumlah,insan- manusia yg mudah lupa. Sebab tu...cinta itu lebih baik kita serahkan kepada Allah, yang mencipta kita. Kerana dengan cinta kepada nan satu itu, kita akan selamat bermain cinta yang lain, insyaallah...


So, disebalik makna cinta, dokt3r cinta nak ambil kesempatan untuk berkongsi cerita, tips, petua dan macam-macam lah yang sewaktu dengannya. Untuk anda yang baru nak kenal erti cinta, yang sedang bercinta, yang pernah dilukai kerana cinta, yang bermasalah dengan cinta dan yang sedang bermain perasaan kasih, sayang, dan rindu...


Sambil-sambil melayan perasaan tu..jomlah layanzzzz dokt3r cinta. JOM !!!